Shaiham IbrahimShaiham Ibrahim My Personal Blog

Daftar perniagaan anda di SSM dulu jika nak berniaga

Memulakan perniagaan ni memang seronok. Maklumlah dah nak jadi bos sendiri katakan. Apapun perniagaan yang anda nak jalankan, pastikan anda bermula dengan mendaftarkan perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Salah tau kalau tak daftar. So macamana caranya tu ?

Jika anda baru sahaja nak memulakan perniagaan dengan modal yang terhad, sebaiknya pilih Enterprise sebagai pilihan entiti perniagaan untuk didaftarkan di SSM. Enterprise ni ada 2, milikan tunggal dan perkongsian.

Milikan tunggal ialah jika anda berniaga seorang diri. Perkongsian apabila anda berniaga dengan rakan kongsi iaitu minimum 2 orang pemilik atau lebih.

Sebaliknya jika anda memang dah lama berpengalaman dalam dunia perniagaan dan mempunyai modal perniagaan yang agak banyak, pilih syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) atau Berhad sebagai pilihan entiti perniagaan untuk didaftarkan di SSM.

Untuk enterprise, anda boleh mendaftarkannya melalui online dengan menggunakan portal Ezbiz SSM atau terus walk-in ke mana-mana cawangan SSM berdekatan anda.

Untuk Sdn Bhd atau Berhad ni lain sikit. Anda perlu mendapatkan khidmat syarikat setiausaha untuk mendaftarkannya sekaligus membantu anda untuk tujuan pematuhan Akta Syarikat setiap tahun.

Oklah ya cukup sekadar tu perkongsian saya kali ni. InsyaAllah dalam perkongsian akan datang saya jelaskan dengan lebih detail lagi berkaitan entiti-entiti perniagaan yang disebutkan di atas, perbezaannya dan kelebihannya diantara satu sama lain.

Nak syok lagi subscribe news letter saya untuk memastikan anda tak terlepas perkongsian saya akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Press ESC to close