4 Kunci Kejayaan Perniagaan

success concept

Menjadi seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai sebuah perniagaan yang menguntungkan adalah merupakan matlamat utama semua usahawan.

Banyak teori-teori perniagaan telah diperkenalkan oleh pakar-pakar dan juga mereka yang berpengalaman di dalam bidang ini boleh dijadikan panduan oleh para usahawan.

Walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman peribadi saya, saya boleh simpulkan semua teori-teori tersebut kepada 4 kunci untuk berjaya dalam perniagaan.

Empat kunci tersebut ialah MODAL, ILMU, MASA dan REZEKI. Modal ialah sumber kewangan untuk memulakan sesuatu usaha niaga. Ilmu atau kemahiran ialah mempunyai segala ilmu samada berkaitan pengurusan mahupun teknikal perniagaan yang ingin diceburi.

Masa ialah satu tempoh yang mesti disediakan oleh seseorang usahawan samada dari segi fizikal dan mental bagi memberi ruang kepada perniagaan mereka untuk berjaya atau gagal.

Akhir sekali ialah Rezeki (bagi orang Islam) atau tuah (Luck- bagi bukan Islam) kerana perniagaan selain berjaya dengan usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa, ianya juga berjaya kerana rezeki atau tuah yang dimiliki oleh seseorang usahawan tersebut.

Email this to someoneShare on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on LinkedInDigg thisPrint this pagePin on Pinterest
shaiham Ibrahim

shaiham Ibrahim

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif at MSIB Group Sdn Bhd
Seorang setiausaha syarikat berlesen oleh SSM (LS0009800). Berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Sedang mengikuti program pengajian separuh masa dalam bidang pengajian undang-undang di UITM, Shah Alam.
shaiham Ibrahim

Apa kata anda ?

comments