Apa Itu Lesen MOF ?

success concept

Dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang sangat penting serta mencabar. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang berkesan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan perniagaan. Kaedah dan cara pemasaran pula ada yang berbeza mengikut jenis perniagaan.

Salah satu kaedah pemasaran yang menarik lagi menguntungkan ialah berniaga dengan Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawah seliannya. Mungkin ada diantara kita biasa mendengar berkenaan perkara ini dan mungkin juga tidak.

Walaubagaimanapun, sebelum anda boleh memulakan urusniaga dengan pihak kerajaan, anda diwajibkan mendaftarkan perniagaan anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia atau Ministry of Finance (MOF) untuk memperolehi lesen MOF.

Diantara kelebihan mendaftarkan perniagaan anda dengan MOF ialah:

  1. Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.
  2. Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal eperolehan.com.my
  3. Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.
  4. Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
  5. Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda.

Mendaftarkan perniagaan anda dengan pihak MOF bukanlah sesuatu yang susah. Anda boleh terus ke laman www.eperolehan.com.my dan mendaftar secara online disana. Jika anda tidak mahu membuang masa untuk proses cuba dan gagal (try and error), serahkan sahaja urusan permohonan tersebut kepada MCR Management Services Sdn. Bhd. (972604-h) kerana kami mempunyai pengalaman luas dalam urusan pendaftaran ini. 

 

 

Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on LinkedInPrint this page
shaiham Ibrahim

shaiham Ibrahim

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif at MSIB Group Sdn Bhd
Seorang setiausaha syarikat berlesen oleh SSM (LS0009800). Berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Sedang mengikuti program pengajian separuh masa dalam bidang pengajian undang-undang di UITM, Shah Alam.
shaiham Ibrahim

Apa kata anda ?

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Daftarkan Email Anda Di sini !

Daftarkan Email Anda Di sini !

Untuk membolehkan anda menerima TIPS SYARIKAT dan kemaskini blog ini terus ke inbox anda secara PERCUMA......

Pendaftaran anda telah berjaya !