4 Perkara Yang Patut Anda Pertimbangkan Sebelum Melantik Syarikat Setiausaha

Photorealistic 3D sky-high succress street sign


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera !

Untuk menubuhkan syarikat sdn bhd atau berhad, anda tidak boleh melakukannya sendiri dengan pergi terus ke Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM). Syarikat setiausaha perlu dilantik terlebih dahulu bagi membolehkan mereka  melakukannya bagi pihak anda.

Syarikat setiausaha bukan sekadar bertindak sebagai orang tengah yang akan menyediakan segala dokumentasi, mereka juga bertanggungjawab memastikan segala keperluan undang-undang berkaitan syarikat dipatuhi sebelum, ketika dan selepas penubuhan syarikat anda.

Syarikat setiausaha akan kekal berkhidmat selagi mana syarikat anda wujud atau selagi mana anda tidak memberhentikan perkhidmatan mereka untuk digantikan dengan syarikat setiausaha yang lain. Oleh itu, penting untuk anda mempertimbangkan beberapa perkara sebelum melantik mana-mana syarikat setiausaha bagi menjamin kelicinan urusan perniagaan syarikat anda.

Di sini saya senaraikan 4 perkara yang patut anda pertimbangkan sebelum melantik syarikat setiausaha.

# 1 : Usia dan pengalaman
Faktor ini amat penting kerana lamanya usia mereka menjadi petanda keseriusan sesebuah syarikat setiausaha dalam menjalankan perniagaan mereka. Usia yang lama juga banyak berkait rapat dengan pengalaman dan hubungan yang mereka ada dengan pihak-pihak yang selalu mereka berurusan. Hal ini dapat membantu mempercepat dan memudahkan urusan perniagaan anda.

# 2 : Teknologi dan sistem
Umum mengetahui teknologi dan sistem pada harini dapat membantu bagi mempercepatkan segala urusan perniagaan. Seboleh-bolehnya anda perlu mengelakkan dari memilih syarikat setiausaha yang masih lagi menggunapakai cara lama dalam urusniaga dan juga proses penyediaan dokumen mereka. Ini kerana ianya bukan sahaja menyusahkan anda, malah menyebabkan semua kerja menjadi lebih lambat serta terdedah kepada pelbagai kesilapan teknikal.

# 3 : Cepat dan tepat
Dalam perniagaan, masa adalah segala-galanya. Kedua-dua faktor #1 dan #2 di atas banyak memberi kesan kepada kecepatan dan ketepatan khidmat sesebuah syarikat setiausaha itu. Usia dan pengalaman dapat mempercepatkan proses penyediaan dan serahsimpan dokumen, manakala teknologi dan sistem bukan sahaja boleh mempercepatkan malah memastikan ketepatan hasil sesuatu kerja yang dilakukan.

# 4 : Harga berpatutan
Bayaran perkhidmatan syarikat setiausaha adalah berbeza diantara satu dengan yang lain. Bayaran yang lebih mahal kadang-kadang boleh menjadi petanda kepada perkhidmatan yang lebih berkualiti. Namun, jika anda boleh mendapatkan syarikat setiausaha yang  memberikan perkhidmatan berkualiti pada harga yang lebih murah, bukankah ianya lebih baik. Sebagaimana pepatah mengatakan  ‘menang membeli, menang memakai’.

Perancangan walau sebagaimana teliti sekalipun kadang-kadang tidak lari dari kesilapan. Jika anda mendapati anda telah tersilap pilih syarikat setiausaha, anda boleh menamatkan perkhidmatan mereka dan menggantikan dengan syarikat setiausaha yang lain pada bila-bila masa.

Hubungan anda dengan syarikat setiausaha adalah satu hubungan jangka masa panjang. Mereka boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu memacu kejayaan syarikat anda dalam perniagaan. Adalah satu usaha yang berbaloi jika anda terus mencari dan berusaha untuk mendapatkan khidmat syarikat setiausaha yang boleh dipercayai.

Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on LinkedInPrint this page
shaiham Ibrahim

shaiham Ibrahim

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif at MSIB Corporate Consultancy SB
Seorang setiausaha syarikat berlesen oleh SSM (LS0010119). Berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Sedang mengikuti program pengajian separuh masa dalam bidang pengajian undang-undang di UITM, Shah Alam.
shaiham Ibrahim

Apa kata anda ?

comments