Bagaimana Menubuhkan Yayasan ?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera !

Soalan ni memang popular dikalangan mereka yang mengetahui apa kelebihan menjalankan aktiviti kebajikan menggunakan yayasan. Professional, pengecualian cukai, geran kerajaan dilihat sebagai diantara daya penarik bagi mereka yang memilih mengasaskan yayasan mereka sendiri.

Yayasan ialah satu pertubuhan yang ditubuhkan khusus untuk membuat kebajikan kepada kumpulan sasarnya dengan tujuan yang telah ditetapkan oleh pengasas sesebuah yayasan itu. Yayasan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 ini boleh ditubuhkan oleh sesiapa sahaja asalkan pengasas mempunyai RM1 juta TUNAI. Ya tunai….. bukan aset-aset lain.

RM1 juta tunai diatas boleh disumbangkan oleh seorang individu atau sebuah syarikat ataupun ramai individu atau banyak syarikat. Yayasan perlu mempunyai minimum 2 orang pengasas yang kemudiannya akan bertindak sebagai pemegang amanah yayasan tersebut apabila siap ditubuhkan.

Yayasan sebagaimana syarikat, perlu melantik syarikat setiausaha bertauliah untuk mengendalikan urusan penubuhannya di Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM). Syarikat setiausaha tersebut bertanggungjawab menyediakan kertas kerja penubuhan yayasan dan menguruskan penubuhannya di SSM. Pengasas hanya perlu semak kertas kerja yang disediakan dan jika bersetuju mereka boleh menurunkan tanda tangan.

Untuk penubuhan yayasan diluluskan, SSM akan menyemak dan memastikan kertas kerja penubuhan yayasan yang disediakan oleh syarikat setiausaha adalah lengkap dan mematuhi peruntukan AS 2016 sebelum boleh diserahkan kepada Menteri.

Bagi syarikat setiausaha yang berpengalaman, penubuhan yayasan hanya mengambil masa dalam 1-2 bulan sahaja. Saya sangat menasihatkan anda yang ingin menubuhkan yayasan untuk mendapatkan khidmat syarikat setiausaha yang berpengalaman dengan penubuhan yayasan bagi menjimatkan wang, masa dan emosi anda.

Untuk khidmat nasihat lanjut berkaitan penubuhan yayasan boleh emailkan saya pertanyaan anda ke ask@companysecretary.my atau hubungi 03-9055 3341 / 03-2858 5050. Setakat artikel ini ditulis, saya telah membantu menubuhkan lebih 40 buah yayasan dan menjadi syarikat setiausaha kepada mereka. Kadar kelulusan permohonan yayasan ialah 100% (tidak ada permohonan yang gagal).

Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on LinkedInPrint this page
shaiham Ibrahim

shaiham Ibrahim

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif at MSIB Corporate Consultancy SB
Seorang setiausaha syarikat berlesen oleh SSM (LS0010119). Berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Sedang mengikuti program pengajian separuh masa dalam bidang pengajian undang-undang di UITM, Shah Alam.
shaiham Ibrahim

Apa kata anda ?

comments