Tanggungjawab Rakan Kongsi Syarikat PLT

Syarikat perkongsian liabiliti terhad (PLT) merupakan sebuah medium perniagaan baru berstatus liabiliti terhad yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bermula tahun 2012.

Sebagaimana medium perniagaan lain seperti syarikat sdn bhd dan berhad, syarikat PLT juga meletakkan tanggungjawab tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap rakan kongsinya sebagaimana yang tertakluk di dalam Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (APLT 2012).

APLT 2012 mewajibkan untuk setiap rakan kongsi syarikat PLT untuk:

(a) Mendaftar setiap perubahan-perubahan yang berlaku berkait rekod berdaftar syarikat PLT yang terdapat di SSM dalam tempoh 14 hari dari tarikh perubahan tersebut berlaku.

(b) Menyimpan rapi rekod berkanun dan daftar syarikat PLT. Rekod-rekod tersebut ialah:
i- Notis pendaftaran syarikat PLT oleh SSM
ii- Daftar nama dan alamat setiap rakan kongsi serta pegawai pematuhan
iii- Sesalinan pengisytiharan tahunan yang terkini
iv- Sesalinan apa jua penyata yang diserahsimpan ke SSM di bawah APLT 2012
v- Sesalinan sijil (jika ada) yang dikeluarkan oleh SSM di bawah APLT 2012
vi- Sesalinan perjanjian syarikat PLT dan segala pindaan
vii- Sesalinan apa jua instrumen  ‘charge’ yang di buat oleh syarikat PLT
viii- Apa jua dokumen yang diminta oleh SSM untuk disimpan

(c) Menyimpan rapi rekod perakaunan dan rekod-rekod lain di pejabat berdaftar. Rekod-rekod tersebut perlulah mencukupi serta mampu untuk menjelaskan dengan baik transaksi dan keadaan kewangan syarikat PLT. Rekod-rekod ini juga perlu disimpan untuk satu tempoh tidak kurang dari 7 tahun.

(d) Menyerahsimpan Pengisytiharan tahunan dalam tempoh 90 hari dari tarikh berakhirnya tahun kewangan syarikat PLT. Untuk pengisytiharan tahunan pertama, ianya boleh dibuat dalam tempoh 18 bulan dari tarikh syarikat PLT didaftarkan.

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas adalah menjadi tanggungjawab setiap rakan kongsi untuk melakukannya dengan dibantu oleh pegawai pematuhan mereka. Pun begitu, terdapat syarikat PLT yang hanya melantik salah seorang dari mereka sebagai pegawai pematuhan.

Malang berlaku apabila pegawai pematuhan yang juga merupakan salah seorang dari rakan kongsi itu kurang faham atau mahir tentang keperluan APLT 2012 menyebabkan tanggungjawab diatas tidak dapat dipatuhi dengan baik.

Alternatifnya rakan kongsi boleh melantik syarikat setiausaha yang berpengalaman dengan syarikat PLT bagi membantu agar syarikat PLT yang diusahakan dapat berjalan dengan baik dalam masa yang sama mengelakkan dari ancaman perundangan akibat ketidakpatuhan.

Jika anda berminat untuk menubuhkan syarikat PLT atau ingin melantik kami sebagai pegawai pematuhan anda, sila layari www.companysecretary.my atau klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Email this to someoneShare on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on LinkedInDigg thisPrint this pagePin on Pinterest
shaiham Ibrahim

shaiham Ibrahim

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif at MSIB Group Sdn Bhd
Seorang setiausaha syarikat berlesen oleh SSM (LS0009800). Berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Sedang mengikuti program pengajian separuh masa dalam bidang pengajian undang-undang di UITM, Shah Alam.
shaiham Ibrahim

Apa kata anda ?

comments