Bagaimana Usahawan Yang Berjaya Meluangkan Masa Hujung Minggu ?

success concept

BAGAIMANA CEO yang berjaya meluangkan masa hujung minggu mereka? Anda mungkin berfikir bahawa mereka menghabiskan Sabtu mereka di pejabat dan Ahad mereka membalas  e-mel atau membaca laporan melalui iPad mereka.

Realitinya orang yang paling berjaya mempunyai rahsia untuk kekal kreatif, inovatif, berpemikiran strategik iaitu mereka tahu bila masanya untuk ‘mematikan suis’ (berhenti dari melakukan kerja pejabat).

Mereka senaman, meluangkan masa dengan rakan-rakan dan cuba untuk melakukan apa-apa sahaja  selain dari kerja pejabat sebagai satu cara untuk meneroka idea-idea baru perniagaan.

Ya, dan kadang-kadang mereka berkelah di kawasan hutan dan sungai sambil meneguk secawan kopi panas. Tapi berkenaan bab itu kita akan bincangkan kemudian.

CEO seringkali ditanya mengenai tabiat yang menjadikan mereka berjaya ketika mereka berada dalam mod kerja. Tetapi bagaimana pula apabila mereka tidak berada di pejabat?

News.com.au  menemuramah beberapa orang eksekutif syarikat dan bertanya bagaimanakah mereka menghabiskan hujung minggu, serta bagaimana masa lapang yang diluangkan itu dapat menyumbang kepada kejayaan perniagaan mereka.

Chris Brown, CEO DDB Group Australia. Gambar: Dibekalkan

Chris Brown, CEO DDB Group Australia. Gambar: Dibekalkan

Chris Brown, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DDB Australia
Chris Brown, ketua salah sebuah daripada agensi-agensi iklan yang terbesar di Australia, membuat peraturan untuk tidak sesekali membawa pulang urusan pejabat bersamanya pada hujung minggu.

“Saya melakukan yang terbaik untuk memberi 100 peratus komitmen kepada apa sahaja yang saya lakukan, tanpa membawa elemen-elemen lain dalam hidup bersama saya,” katanya.

“Ini memberi peluang untuk saya ‘mematikan suis’ (berhenti seketika dari melakukan urusan pejabat) dan memastikan bahawa apabila saya kembali dalam ‘mod kerja’ Saya mempunyai sedikit masa untuk menyegarkan dan mengembalikan semula fokus.”

Masa bersama keluarga, termasuk anak perempuan sulungnya yang menghidapi penyakit Sindrom Down, adalah amat penting pada hujung minggu setelah melalui hari-hari kerja yang panjang.

“Tanggungjawab kehidupan berkeluarga merupakan penyumbang kepada pekembangan peribadi yang juga telah memberikan saya perasaan sebenar perspektif itu,” katanya.

Catriona Noble, CEO McDonald's Australia. Gambar: Dibekalkan

Catriona Noble, CEO McDonald’s Australia. Gambar: Dibekalkan

Catriona Noble, Ketua Pegawai Eksekutif McDonald Australia
Kebiasaan hujung minggu Catriona Noble adalah gabungan kehidupan keluarga biasa dan diakui sedikit hal kerja terbawa masuk.

Di antara berbual dengan ibu bapa di padang permainan bola keranjang anak-anaknya, mendapatkan urutan di kedai urut Cina tempatan  dan majlis makan malam di rumah kawan-kawan, dia kadang-kadang akan membawa masuk perbincangan berkenaan hal tempat kerja.

Tetapi katanya adalah penting untuk meluangkan masa kerana menjadi gembira dan memenuhi kegembiraan tersebut dalam semua aspek kehidupan anda dapat menyediakan asas yang baik untuk membina keupayaan kepimpinan.

“Saya fikir menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan keluarga sambil membincangkan semua jenis perspektif sangat membantu dalam memberi malah manambahkan pemahaman  berkaitan pekerja dan pelanggan,” kata Cik Noble.

“Hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan adalah amat penting dalam kehidupan saya. Ianya dapat membantu saya manangani perspektif mengenai isu-isu kerja dan cabaran.”

Steve Cox, Pengarah Urusan  Dymocks. Gambar: Dibekalkan

Steve Cox, Pengarah Urusan Dymocks. Gambar: Dibekalkan

Steve Cox, pengarah urusan Dymocks
Bagi Steve Cox pula, mengekalkan keseimbangan kehidupan kerja adalah tentang meluangkan masa hujung minggu untuk bersenam, makan dengan baik dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Encik Cox sentiasa mempunyai acara untuk disertai seperti maraton untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

“Bayar untuk memasuki acara maraton dan tandakannya di dalam kalendar. Dengan itu anda telah mula membuat komitmen untuk disempurnakan. Mula mengira masa larian anda kerana keinginan untuk membuat yang terbaik akan memastikan anda sentiasa ingin kembali menyertai acara itu,” katanya.

Jorgen Vig Knudstorp, CEO LEGO. Gambar: Getty Images

Jorgen Vig Knudstorp, CEO LEGO. Gambar: Getty Images

Jorgen Vig Knudstorp, Ketua Pegawai Eksekutif LEGO
Rasmus Ankersen, pengarang buku DNA pemimpin, menghabiskan masa mengikut 25 pemimpin berprofil tinggi di Eropah, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif LEGO Jorgen Vig Knudstorp.

Setahun sekali, Encik Knudstorp akan bertemu dengan salah satu kawan-kawan lama dari sekolah tinggi.

“Mereka mengambil sebotol wiski dan mereka hanya berjalan di sekitar semasa sepanjang malam di dalam hutan, hanya bercakap tentang perkara ini,” kata Encik Ankersen.

“Apabila anda seorang pemimpin perniagaan, anda akan berasa sedikit sunyi kerana siapa yang mengetuai pemimpin?

“Jadi, sekali atau dua kali setahun mereka hanya berjalan semasa sepanjang malam hanya bercakap secara terbuka dan jujur ​​tentang peranan beliau terhadap keluarga dan pekerjanya.”

Jetts Fitness. Pengarah Urusan Adrian McFedries. Gambar: Dibekalkan

Jetts Fitness. Pengarah Urusan Adrian McFedries. Gambar: Dibekalkan

Adrian McFedries, pengarah urusan Jetts Fitness Australia
Adrian McFedries hanya tidur selama empat hingga lima jam setiap malam – walaupun pada hujung minggu.

“Saya benar-benar menikmati waktu petang dan awal pagi menyelidik, membaca dan berfikir” katanya.

Beliau juga membuat larian 5km setiap hujung minggu untuk reset semula.

“Saya tidak bekerja pada 9-5 sebagaimana biasa dan saya telah membuat satu titik sebenar untuk memastikan keseimbangan,” katanya.

“Keseimbangan membantu saya melalui 18-20 jam sehari.”

Simon Crowe, CEO Grill'd. Gambar: Rebecca Michael

Simon Crowe, CEO Grill’d. Gambar: Rebecca Michael

Simon Crowe, Ketua Pegawai Eksekutif Grill’d
Bagi Simon Crowe, hujung minggu adalah untuk melarikan diri.

Beliau mempunyai kemudahan yang mewah untuk melarikan diri dari bandar pada setiap hujung minggu kedua untuk memandu satu jam ke hartanahnya dari Melbourne.

“Saya fikir ia adalah mengenai perspektif dan jarak jauh, jadikanya sama ada satu jam daripada Melbourne atau satu kilometer ke udara,” kata Encik Crowe.

“Apabila anda secara geografinya semakin jauh, segala perkara yang lain akan menjadi semakin perlahan.”

Encik Crowe berkata dia sentiasa menyelesaikan isu-isu struktur utama dan membayangkan idea-idea pemasaran yang terbaik pada masa itu.

“Apabila anda berada dalam kitaran penyelesaian masalah dan melihat pelbagai cabaran disekeliling seringkali anda akan terjebak dalam kebuntuan, maka ketika melungkan masa lapang itulah menjadi perspektif yang memberikan anda kebebasan dan kejelasan.”

Joe Kremer, Pengarah Urusan Dell Australia and New Zealand. Picture: Dibekalkan

Joe Kremer, Pengarah Urusan Dell Australia and New Zealand. Picture: Dibekalkan

Joe Kremer, pengarah urusan Dell Australia & New Zealand
Sebagai suami, ayah dan ahli perniagaan Joe Kremer menikmati setiap masa terluang yang beliau ada.

“Pada hujung minggu saya sering menghabiskan masa sambil meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga di atas bot saya,” kata Encik Kremer.

Beliau berkata, perjalanan bot keluarganya telah mengajarnya bagaimana untuk menjadi pendengar yang lebih baik.

“Dengan tiga orang anak, rakan-rakan dan keluarga  berkomunikasi dalam gaya mereka sendiri, Saya mendengar mereka bercakap, dan mereka  mendengar saya bercakap,” kata Encik Kremer.

“Begitu juga, jika anda tidak mendengar idea-idea yang baik dari pekerja dan pelanggan anda, anda boleh mula kehilangan relevan dan terlepas beberapa peluang yang besar” tambah beliau lagi.

Sumber: www.news.com.au

Email this to someoneShare on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on LinkedInDigg thisPrint this pagePin on Pinterest
shaiham Ibrahim

shaiham Ibrahim

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif at MSIB Group Sdn Bhd
Seorang setiausaha syarikat berlesen oleh SSM (LS0009800). Berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Sedang mengikuti program pengajian separuh masa dalam bidang pengajian undang-undang di UITM, Shah Alam.
shaiham Ibrahim

Apa kata anda ?

comments