4 Komitmen Bayaran Yang Perlu Anda Tahu Jika Berniaga Menggunakan Syarikat Sdn Bhd

Komitmen Berniaga Sdn Bhd

Menjalankan perniagaan menggunakan apa jua jenis perniagaan sekalipun mempunyai komitmen tertentu yang perlu anda tanggung. Begitu juga dengan syarikat sdn bhd di mana terdapat beberapa jenis komitmen yang perlu anda tahu dan jelaskan bagi membolehkan syarikat sdn bhd anda berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Secara mudah, saya bahagikan komitmen bayaran ini kepada permulaan, bulanan, tahunan dan bayaran atas permintaan. Saya akan terangkan satu persatu di bawah ini supaya anda mudah faham.

Pertama, Komitmen Permulaan

Disebut juga sebagai yuran penubuhan syarikat. Ia merupakan bayaran yang pertama  kali dikenakan oleh syarikat setiausaha ketika anda mula hendak menubuhkan syarikat sdn bhd. Bayaran ini dikenakan hanya sekali sahaja sepanjang hayat syarikat sdn bhd anda. Jumlah yuran penubuhan ini kebiasaannya diantara RM1500-3000 bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh syarikat setiausaha.

 Kedua, Komitmen Bulanan

Setiap bulan, terdapat 2 perkara yang anda perlu lakukan iaitu membayar yuran syarikat setiausaha dan menyediakan laporan akaun bulanan.

i-Yuran Syarikat Setiausaha

Semua syarikat sdn bhd diwajibkan oleh Akta Syarikat 2016 untuk melantik sekurang-kurangnya satu syarikat setiausaha. Yuran syarikat setiausaha ini perlu dibayar disebabkan perlantikan mereka dan ianya perlu terus dibayar selagi mana syarikat sdn bhd anda masih wujud dengan kos bulanan sekitar RM60-150 sebulan.

ii-Penyediaan Laporan Akaun Syarikat

Untuk penyediaan laporan akaun syarikat, anda boleh memilih untuk menggaji akauntan ataupun mengambil khidmat akauntan professional yang menyediakan perkhidmatan penyediaan laporan akaun syarikat. Kos penyediaan laporan akaun syarikat ini bergantung kepada samada syarikat anda mempunyai banyak atau sedikit transaksi jualan.

Pun begitu jika tidak sempat, laporan akaun syarikat ini boleh juga anda buat secara 3 bulan sekali atau setahun sekali.

Ketiga, Komitmen Tahunan

Setiap 12 bulan sekali, anda perlu menghantar laporan tahunan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), menyediakan laporan audit akaun, dan menghantar penyata cukai ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

i-Menghantar Laporan Tahunan ke SSM

Setiap tahun, semua syarikat sdn bhd perlu menghantar satu penyata tahunan ke SSM selewat-lewatnya 30 hari selepas ulangtahun penubuhan syarikat tersebut. Penyata ini perlu disediakan dan dihantar ke SSM oleh syarikat setiausaha. Kos yang dikenakan oleh syarikat setiausaha untuk tujuan ini kebiasaannya diantara RM350-RM550.

ii-Menyediakan Laporan Audit Akaun

Semua syarikat sdn bhd perlu melantik juruaudit bertauliah yang mana kerjanya adalah menyediakan satu laporan audit akaun syarikat setiap tahun dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tahun kewangan berakhir syarikat. Kos penyediaan laporan audit akaun syarikat ini bergantung kepada samada syarikat sdn bhd tersebut dalam kategori aktif atau dormant beserta jumlah jualan tahunan.

iii-Menghantar penyata cukai ke LHDN

Sebagaimana entiti perniagaan lain, syarikat sdn bhd juga perlu membayar cukai (jika ada). Pun begitu, sebelum cukai dibayar, syarikat sdn bhd perlu terlebih dahulu menghantar satu penyata jumlah cukai pada tahun tersebut kepada pihak LHDN dalam tempoh 7 bulan dari tarikh tahun kewangan berakhir syarikat.

Untuk tujuan ini, anda perlu mendapatkan khidmat agent cukai untuk membuat pengiraan cukai syarikat, melengkapkan penyata cukai dan menghantarnya ke pihak LHDN dalam tempoh yang ditetapkan.

 Bayaran Atas Permintaan (Bila-bila Masa)

Selain dari kesemua komitmen yang dinyatakan diatas, pada bila-bila masa sekiranya anda ingin melakukan apa jua perubahan pada maklumat pendaftaran syarikat sdn bhd anda di SSM, anda boleh meminta syarikat setiausaha untuk melakukannya dengan kos bayaran yang berbeza dikenakan mengikut jenis perubahan yang diminta.

Sebagaimana yang saya dah jelaskan diatas, komitmen-komitmen ini sebahagiannya diselesaikan oleh syarikat setiausaha, manakala sebahagian lain diselesaikan oleh akauntan, juruaudit dan agent cukai syarikat. Pun begitu, ada juga syarikat setiausaha kini yang menyediakan keempat-empat khidmat professional tersebut di dalam satu bumbung (one stop centre) bagi memudahkan pelanggan menyelesaikan kesemua komitmen syarikat sdn bhd mereka.

Jika anda berminat untuk menubuhkan syarikat sdn bhd, kami dari MSIB Corporate Consultancy Sdn Bhd menyediakan khidmat penubuhan syarikat sdn bhd baru dengan yuran penubuhan syarikat serendah RM1600* sahaja. Kami juga menawarkan yuran syarikat setiausaha bulanan serendah RM60 sebulan* dengan percuma untuk 6 bulan pada tahun pertama.

Untuk komitmen tahunan pula, kami menawarkan khidmat menghantar laporan tahunan ke SSM, menyediakan laporan audit akaun, pengiraan cukai serta menghantar penyata cukai tahunan syarikat sdn bhd anda ke LHDN. Hubungi 012-3404240 atau layari www.companysecretary.my untuk keterangan lanjut.

 

 

 

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on LinkedInPrint this page
shaiham Ibrahim

shaiham Ibrahim

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif at MSIB Group Sdn Bhd
Seorang setiausaha syarikat berlesen oleh SSM (LS0009800). Berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Sedang mengikuti program pengajian separuh masa dalam bidang pengajian undang-undang di UITM, Shah Alam.
shaiham Ibrahim

Apa kata anda ?

comments

Daftarkan Email Anda Di sini !

Daftarkan Email Anda Di sini !

Untuk membolehkan anda menerima TIPS SYARIKAT dan kemaskini blog ini terus ke inbox anda secara PERCUMA......

Pendaftaran anda telah berjaya !