5 Fakta Penting Tentang Syarikat Setiausaha

Akta syarikat 2016 mewajibkan setiap syarikat sdn bhd atau berhad untuk melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat berlesen. Di kalangan setiausaha syarikat berlesen ini, sebahagian mereka memilih untuk bekerja dengan syarikat lain manakala selebihnya memilih untuk membuka firma syarikat setiausaha professional atau ringkasnya dikenali sebagai syarikat setiausaha.

Berikut merupakan 5 fakta penting yang perlu anda tahu tentang syarikat setiausaha.

Fakta #1, Syarikat Setiausaha Dilesenkan Oleh SSM atau Ahli Badan Professional

Untuk beroperasi, syarikat setiausaha perlu terlebih dahulu melalui proses untuk mendapatkan lesen yang sangat ketat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau menjadi sebahagian dari ahli kepada beberapa badan professional yang diiktiraf di Malaysia.

SSM dan badan professional seterusnya bertindak sebagai badan yang mengawalselia tindak tanduk serta etika syarikat setiausaha dan boleh mengambil tindakan pada bila-bila masa jika menerima aduan dari mana-mana pihak.

Fakta #2: Syarikat Setiausaha Mengenakan Yuran Syarikat Setiausaha Bulanan Sebagai Bayaran Komitmen

Sebagai sebuah firma professional, mereka tidak dibayar gaji. Sebaliknya syarikat hanya perlu membayar yuran syarikat setiausaha yang kebiasaannya diantara RM60 ke RM150 sebulan sebagai bayaran di atas perlantikan serta komitmen mereka.

Dengan perlantikan mereka sebagai syarikat setiausaha sesebuah syarikat, mereka mempunyai tanggungjawab tertentu yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 2016. Tanggungjawab tersebut seperti menasihatkan pengarah syarikat berkaitan pematuhan, hadir di pejabat berdaftar, menyimpan buku berkanun syarikat dan lain-lain.

Yuran syarikat setiausaha ini perlu dibayar oleh syarikat secara terus menerus selagi mana syarikat tersebut masih wujud.

Fakta #3, Syarikat Setiausaha Mengenakan Bayaran Atas Permintaan Untuk Kerja-kerja Yang Diminta Dari Masa Kesemasa

Pada bila-bila masa jika terdapat perubahan pada daftar penubuhan syarikat di SSM, perubahan itu hanya boleh dibuat oleh syarikat setiausaha sahaja. Untuk tujuan perubahan tersebut, syarikat setiausaha akan mengenakan bayaran mengikut jenis perubahan yang ingin dilakukan.

Perubahan-perubahan tersebut seperti pertukaran pengarah syarikat, perpindahan saham, peningkatan modal berbayar, pertukaran nama syarikat dan lain-lain.

Fakta #4, Syarikat Setiausaha Tidak Mencampuri Urusan Perniagaan Syarikat

Sebagai firma professional bebas, peranan syarikat setiausaha hanya terhad kepada tugas-tugas tertentu sahaja dan ianya lebih kepada memastikan syarikat tersebut mematuhi kehendak Akta Syarikat 2016. Urusan perniagaan syarikat merupakan urusan dalaman yang perlu diselesaikan sendiri oleh pihak syarikat.

Fakta #5, Syarikat Setiausaha Hanya Menyediakan Khidmat Berkaitan Pematuhan Akta Syarikat 2016 Sahaja

Syarikat setiausaha ialah jawatan yang diwujudkan oleh Akta Syarikat 2016 spesifik bagi membantu tugas-tugas pengarah syarikat untuk mematuhi keperluan akta tersebut.

Urusan syarikat dengan pihak bank, imigresen, CIDB, KWSP, Perkeso, LHDN, Kastam atau apa sahaja agensi dibawah akta-akta lain selain dari Akta Syarikat 2016 bukanlah menjadi tanggungjawab syarikat setiausaha untuk menguruskannya.

Pun begitu terdapat juga syarikat setiausaha yang menyediakan perkhidmatan tambahan untuk membantu urusan-urusan diatas sebagai satu kaedah untuk mempelbagaikan perkhidmatan mereka.

Memilih syarikat setiausaha yang berpengalaman, dipercayai dan cepat dapat membantu mempercepatkan perkembangan syarikat anda. Jangan terlalu fokus untuk mencari syarikat setiausaha yang menawarkan harga yang terlampau murah kerana kualiti kebiasaannya tidak datang dengan harga yang terlampau murah.

Kami di MSIB Corporate Consultancy Sdn Bhd merupakan syarikat setiausaha yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam membantu kejayaan ribuan syarikat sdn bhd dan berhad.

Kami menyediakan khidmat penubuhan syarikat sdn bhd baru dengan yuran penubuhan syarikat serendah RM1600* sahaja. Kami juga menawarkan yuran syarikat setiausaha bulanan serendah RM60 sebulan* dengan percuma untuk 6 bulan pada tahun pertama. Hubungi 012-3404240 atau layari www.companysecretary.my untuk keterangan lanjut.

 

 

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Email this to someoneShare on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on TumblrShare on LinkedInDigg thisPrint this pagePin on Pinterest
shaiham Ibrahim

shaiham Ibrahim

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif at MSIB Group Sdn Bhd
Seorang setiausaha syarikat berlesen oleh SSM (LS0009800). Berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Sedang mengikuti program pengajian separuh masa dalam bidang pengajian undang-undang di UITM, Shah Alam.
shaiham Ibrahim

Apa kata anda ?

comments