5 KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD BERBANDING PLT

Syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd) merupakan syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 (sebelum ini dikenali sebagai Akta Syarikat 1965) manakala syarikat perkongsian liabiliti terhad (PLT) merupakan syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi tentang 5 kelebihan syarikat Sdn Bhd berbanding PLT. Berikut merupakan kelebihan syarikat Sdn Bhd berbanding PLT:

Pertama : Minimum Pengarah Seorang Sahaja
Di bawah Akta Syarikat 2016 yang baru diperkenalkan, minimum pengarah seorang sahaja dibenarkan untuk menubuhkan syarikat Sdn Bhd berbanding minimum 2 orang diperlukan untuk menubuhkan syarikat PLT. Ianya memudahkan usahawan untuk menubuhkan syarikat sendiri tanpa perlu ‘mengupah’ orang lain sebagai sleeping partner dalam syarikat mereka.

Kedua : Mudah Buka Akaun Bank
Pendaftaran syarikat Sdn Bhd sudah lama wujud di Malaysia berbanding PLT yang baru sahaja diperkenalkan bermula tahun 2012. Banyak bank di Malaysia yang masih belum familiar dengan syarikat PLT dan belum bersedia menerima pembukaan akaun bank dengan mereka. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan usahawan yang berniaga menggunakan PLT serta menyempitkan pilihan bank untuk syarikat mereka.

Ketiga : Peranan & Tanggungan Pemilik dan Pengarah Syarikat Berbeza
Dalam syarikat Sdn Bhd, peranan & tanggungan diantara pemilik dan pengarah telah dijelaskan perbezaannya dalam Akta Syarikat 2016. Ianya berbeza dengan syarikat PLT dimana peranan & tanggungan keduanya dianggap sama melainkan pemiliknya membuat satu perjanjian khusus untuk membezakan diantara keduanya.

Keempat : Membezakan Pemilikan Saham Lebih Mudah
Pemilikan saham dalam syarikat Sdn Bhd adalah mengikut unit saham yang dipegang oleh pemiliknya dan ianya boleh dibezakan mengikut peratus pegangan setiap pemegang saham dengan mudah. Berbeza dengan syarikat PLT dimana pemilikan saham adalah secara samarata diantara kesemua pemiliknya melainkan pemiliknya membuat satu perjanjian khusus untuk membezakan pemilikan saham mereka.

Kelima : Lebih Diyakini Pihak Ketiga
Pihak ketiga seperti bank komersial lebih meyakini syarikat Sdn Bhd untuk memberi kemudahan-kemudahan seperti pinjaman disebabkan mereka mempunyai laporan akaun beraudit setiap tahun. Pematuhan akta syarikat mereka juga adalah ditahap yang lebih tinggi disebabkan syarikat Sdn Bhd sentiasa mendapat nasihat dari syarikat setiausaha bertauliah. Hal ini berbeza dengan syarikat PLT disebabkan mereka tidak diwajibkan menyediakan laporan akaun tahunan dan juga melantik syarikat setiausaha bertauliah.

Walau apapun kelebihan syarikat Sdn Bhd berbanding PLT, namun proses pendaftaran keduanya adalah lebih mudah dengan bantuan khidmat syarikat setiausaha yang berpengalaman seperti MSIB Corporate Consultancy Sdn Bhd. Hubungi mereka di talian 03-90553341 / 017-3924008 atau layari www.companysecretary.my jika anda berminat untuk menubuhkan syarikat sdn bhd atau PLT baru anda.

Sekiranya anda masih mempunyai persoalan berkaitan syarikat Sdn Bhd dan PLT yang tidak terjawab dalam mana-mana artikel saya dalam blog ini, tinggalkan soalan anda di ruangan komen dibawah atau emailkan soalan anda ke shaiham@companysecretary.my untuk saya bantu.

Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on LinkedInPrint this page
shaiham Ibrahim

shaiham Ibrahim

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif at MSIB Group Sdn Bhd
Seorang setiausaha syarikat berlesen oleh SSM (LS0009800). Berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Sedang mengikuti program pengajian separuh masa dalam bidang pengajian undang-undang di UITM, Shah Alam.
shaiham Ibrahim

Apa kata anda ?

comments

Daftarkan Email Anda Di sini !

Daftarkan Email Anda Di sini !

Untuk membolehkan anda menerima TIPS SYARIKAT dan kemaskini blog ini terus ke inbox anda secara PERCUMA......

Pendaftaran anda telah berjaya !