Bagaimana Menjual Kereta Sendiri Tanpa Car Dealer

Assalamualaikum dan Apa Khabar Malaysia !

Ramai yg tahu dan biasa menjual kereta kepada car dealer bagi memudahkan urusan. Ianya cepat, mudah dan tidak panjang cerita. Anda beri kereta, mereka beri wang tunai, selesai. Walaubagaimanapun, bagi anda yang ingin menjual kereta yg dibeli menggunakan loan bank dan masih mempunyai baki yg agak banyak, pilihan menjual kereta kepada car dealer mungkin menyebabkan anda perlu menambah wang simpanan anda untuk menyelesaikan baki loan tersebut.

Pilihan menjual sendiri kereta anda terus kepada pembeli tanpa melalui car dealer terbukti bukan sahaja dapat sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah penambahan wang simpanan anda kepada bank (jika ada), malahan ianya boleh membuatkan anda untung serta mendapat lebihan tunai (jika harga pasaran lebih tinggi dari hutang bank)… yahoo! wang besar.. wang besar….

Ok, pendekkan cerita, dalam entry kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menjual sendiri kereta terpakai saya tanpa perlu melalui car dealer.

Sebelum menjual

1. Kumpul maklumat
Proses awal dan penting sebelum anda mula menjual ialah mengumpulkan maklumat berkaitan baki loan kereta anda di bank. Hubungi bahagian sewa beli bank di mana loan anda diambil dan tanya pegawai bank tentang baki loan kereta anda serta berapa jumlah yang perlu dibayar jika pembayaran penuh dibuat. Jangan tersipu-sipu malu untuk meminta diskaun dari mereka untuk anda membuat pembayaran penuh. Sebenarnya, lagi awal anda selesaikan loan, lagi banyak diskaun atau rebate yang anda akan perolehi dari bank…. betul tak tipu, saya dah dapat.

2. Buat tinjaun pasaran
Laman web seperti mudah.my dan carlist.my adalah platform terbaik untuk membuat tinjauan harga pasaran. Cara lain untuk meninjau harga pasaran ialah dengan melawat premis-premis car dealer dan bertanyakan mereka harga kereta yg sama model, tahun, mileadge dan kondisi dengan anda. Jangan terkejut jika ketika ini anda mendapati terdapat pelbagai jenis harga yang diletakkan dari setinggi-tinggi harga kepada serendah-rendahnya. Apa yg penting ketika ini anda perlu membuat keputusan berapakah harga yg sesuai diletakkan untuk kereta anda. Adakah anda masih ingin meneruskan niat anda untuk menjual kereta anda atau tidak, bulatkan keputusan anda ketika ini !

3. Ambil gambar kereta
Jika anda benar-benar pasti dan tetap ingin menjual kereta anda, langkah seterusnya ialah mengambil gambar kereta. Basuh kereta anda (kalau boleh polishkan sekali) dan gunakan kamera yg mempunyai kualiti tangkapan gambar paling bagus (DSLR jika ada).  Ambil posisi kereta yg baik dan dapat menggambarkan rupa bentuk kereta anda. Jika anda tidak mahir mengambil gambar, serahkan kepada professional untuk melakukannya bagi pihak anda. Perlu diingatkan, proses ini walau nampaknya mudah, tapi jangan diambil mudah. Gambar yg cantik dan menarik dapat menarik bakal pembeli dengan lebih mudah.

Ketika menjual

1. Iklankan kereta anda
Keluarkan gambar yg telah siap ditangkap ke dalam komputer dan pilih gambar yg terbaik untuk digunakan. Portal pengiklanan online seperti mudah.my dan carlist.my merupakan platform yg paling baik untuk menjual kereta anda. masukkan tajuk yg jelas, maklumat kereta, nombor telefon dan email beserta gambar kereta anda. Ketika menjual kereta, saya hanya menggunakan portal mudah.my dan dalam masa kurang 1 hari kereta saya telah terjual…. Yahoo!

2. Ambil wang pendahuluan
Untuk memastikan pembeli betul-betul serius ingin membeli kereta anda sebelum apa-apa proses selanjutnya dilakukan, minta deposit diantara RM500-RM1000 (bergantung kpd perbincangan anda dan pembeli). Walaubagaimanapun, saya tidak meminta deposit atas dasar percaya dengan kesungguhan pembeli (sixth sense… ecehhhhh) dan ketika itu i’ve nothing to lose sebab proses tukar nama belum pun berlaku.

Selepas Terjual

1. Hantar cek Puspakom 
Ini sangat mustahak pada pembeli kerana jika kereta anda tidak lulus puspakom, kereta tidak boleh ditukar hakmilik kepada mereka. Anda boleh melakukan sendiri atau upah sahaja agen-agen yang boleh melakukannya bagi pihak anda dengan bayaran tertentu.

2. Terima bayaran penuh
Ok, tangan saya dah mula gatal. Setelah kereta anda lulus ujian Puspakom, tibalah masa anda menerima bayaran penuh harga kereta anda. Pastikan bayaran penuh ya adik kakak semua ! . Setelah bayaran penuh diterima, terus buat bayaran ke bank untuk membolehkan bank mengeluarkan surat pengesahan habis bayar atau discharge letter. Bank kebiasaannya mengambil masa 3 hari untuk mengeluarkan surat tersebut setelah menerima bayaran penuh. Disini saya sarankan anda minta dengan bahagian penyelesaian bank untuk dapatkannya segera. Dengan cara ini saya berjaya mendapatnya dalam masa hanya 15 minit… Wow!

3. Tukar nama di JPJ
Setelah menerima surat pengesahan habis bayar dari bank, tahulah anda yg anda telah berada di penghujung proses jual beli iaitu tukar hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Untuk urusan ini, anda dan pemilik baru perlu sama-sama datang ke JPJ kerana mereka kini menggunakan sistem biometrik sebagai pengesahan. Proses ini perlu dimulakan dengan pembatalan hakmilik dan disusuli dengan penukaran hakmilik.

Wallah….sekarang urusan jual beli kereta anda dah selesai… jika anda berjaya sampai ke tahap ini tahniah saya ucapkan… ada soalan anak-anak murid ? hehehe… komen jer kat bawah. Ada masa, saya jawab. Apa-apapun kepada yg belum mencuba dan ingin menjual sendiri kereta anda, selamat menjual saya ucapkan 😉

# Note: Panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya menjual kereta secara tunai dan saya masih lagi mempunyai baki loan di bank. Untuk penjualan dengan pembeli yang ingin membuat loan atas nama mereka, terdapat langkah-langkah tambahan yang perlu dilakukan. Nak tahu ? tengoklah kalau rajin saya tulis…. ok.. jangan marah ek nanti kena jual 🙂

Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on LinkedInPrint this page
shaiham Ibrahim

shaiham Ibrahim

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif at MSIB Group Sdn Bhd
Seorang setiausaha syarikat berlesen oleh SSM (LS0009800). Berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Sedang mengikuti program pengajian separuh masa dalam bidang pengajian undang-undang di UITM, Shah Alam.
shaiham Ibrahim

Apa kata anda ?

comments

Daftarkan Email Anda Di sini !

Daftarkan Email Anda Di sini !

Untuk membolehkan anda menerima TIPS SYARIKAT dan kemaskini blog ini terus ke inbox anda secara PERCUMA......

Pendaftaran anda telah berjaya !