me standingMOHAMAD SHAIHAM BIN DATO’ IBRAHIM 

Saya memegang jawatan sebagai Pengasas dan Pengerusi Eksekutif di MSIB Group Sdn Bhd. Saya juga merupakan seorang setiausaha syarikat yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (license secretary) dengan nombor pendaftaran LS 0009800.

Saya memegang ijazah pertama dalam bidang Pengajian Islam (Usuluddin) dengan kepujian dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu. Ketika ini saya mengikuti kursus pengajian ijazah undang-undang secara separuh masa di Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam.

Saya mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap banyak perkara. Saya paling meminati bidang perniagaan, pemasaran, pelaburan, politik dan agama.

Minat yang mendalam dalam bidang-bidang yang saya sebutkan diatas membuatkan saya suka membaca, menulis dan berkongsi berkenaan perkara-perkara tersebut.

Pada saya, apa jua perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain, elok kita kongsikan bersama.

Selamat berkenalan !

Mohamad Shaiham Bin Dato’ Ibrahim