Tag Archives: syarikat sendirian berhad

5 Salah Faham Usahawan Enterprise Berkaitan Syarikat Sdn Bhd

Menjalankan perniagaan menggunakan enterprise samada milikan tunggal atau perkongsian sememangnya pilihan yang ideal terutamanya kepada usahawan-usahawan yang baru membiasakan diri dengan dunia perniagaan.

Kebiasaan dan pengalaman mereka menjalankan perniagaan menggunakan enterprise kadang-kala menyumbang kepada salah faham mereka terhadap sejenis entiti perniagaan lain iaitu syarikat sendirian berhad (sdn bhd).

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca semua berkenaan 4 salah faham dikalangan usahawan yang menjalankan perniagaan menggunakan enterprise berkaitan syarikat sdn bhd.

Continue reading

5 Kelebihan Syarikat SDN BHD Berbanding PLT

Syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd) merupakan syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 (sebelum ini dikenali sebagai Akta Syarikat 1965) manakala syarikat perkongsian liabiliti terhad (PLT) merupakan syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Continue reading

Mengenali Syarikat Sendirian Berhad

Sesetengah dari anda mungkin sedang menjalankan perniagaan menggunakan syarikat sendirian berhad (sdn. bhd.) atau mungkin juga dikalangan anda yang sedang dalam perancangan untuk menaiktaraf perniagaan sedia ada anda ke syarikat sdn bhd.

Baiklah, tanpa mengira apa jua latar belakang jenis perniagaan anda ketika ini, artikel kali ini bertujuan untuk menerangkan dengan bahasa yang mudah tentang apakah itu yang dinamakan sebagai syarikat sdn bhd.

Continue reading

3 Perkara Yang Wajib Dipatuhi Oleh Pengarah Syarikat Setiap Tahun

3 keperluan yang wajib dipatuhi pengarah syarikat setiap tahun

Pengarah syarikat bermaksud mana-mana individu yang menjawat jawatan pengarah sesebuah perbadanan menggunakan apa sahaja gelaran sekalipun. Di Malaysia, pengarah syarikat merujuk kepada pengarah syarikat sdn bhd atau berhad dan tidak termasuk perniagaan milikan tunggal atau perkongsian.

Akta Syarikat 1965 berfungsi mengawalselia penubuhan dan perjalanan sesebuah syarikat sdn bhd dan berhad yang ditubuhkan di Malaysia telah menggariskan 3 keperluan wajib yang perlu dipatuhi oleh semua pengarah syarikat setiap tahun.

Continue reading