Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera !
Untuk menubuhkan syarikat sdn bhd atau berhad, anda tidak boleh melakukannya sendiri dengan pergi terus ke Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM). Syarikat setiausaha perlu dilantik terlebih dahulu bagi membolehkan mereka melakukannya bagi pihak anda.
Syarikat setiausaha bukan sekadar bertindak sebagai orang tengah yang akan menyediakan segala dokumentasi, mereka juga bertanggungjawab memastikan segala keperluan undang-undang berkaitan syarikat dipatuhi sebelum, ketika dan selepas penubuhan syarikat anda.