Shaiham IbrahimShaiham Ibrahim My Personal Blog

Apa tu entiti perniagaan Enterprise ?

  • Lesen
  • July 17, 2023
  • (0)

Dalam post lepas saya dah jelaskan tentang kewajipan untuk anda mendaftar perniagaan di SSM sebelum memulakan perniagaan.

Saya pun dah sebut yang anda boleh memilih untuk mendaftarkan entiti perniagaan enterprise atau sdn bhd dan berhad, bergantung kepada pengalaman dan juga modal yang anda miliki.

So, dalam perkongsian kali ini saya nak jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan entiti perniagaan enterprise ni bagi membantu anda membuat keputusan sekiranya ingin mendaftarkannya di SSM.

Enterprise ni mempunyai 2 jenis iaitu Milikan Tunggal dan Perkongsian. Milikan tunggal ialah jika anda berniaga seorang diri. Perkongsian apabila anda berniaga dengan rakan kongsi iaitu minimum 2 orang pemilik atau lebih.

Pendaftaran enterprise ni merupakan lesen untuk menjalankan perniagaan secara sah. Ianya mempunyai tempoh di antara 1-5 tahun (bergantung kepada pilihan anda ketika mendaftarnya di SSM).

Selepas tamat tempoh, anda perlu memperbaharuinya secepat mungkin. Jika anda membiarkan lesen enterprise anda tamat tempoh melebihi 2 tahun, anda tidak lagi dibenarkan untuk memperbaharui lesen tersebut. Akibatnya, anda perlu memohon lesen enterprise yang baru.

Untuk mendaftar, anda boleh melakukannya secara online dengan menggunakan portal  Ezbiz  SSM atau terus walk-in ke mana-mana cawangan SSM berdekatan anda.

Sebagaimana entiti perniagaan lain, enterprise juga tak terlepas dari keperluan untuk melaporkan cukai yang perlu di bayar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun. Bab ni memang ramai usahawan salah faham dengan menganggap bila menggunakan enterprise, cukai dah tak perlu bayar. Salah tu ya !

Nak melaporkan cukai enterprise ke LHDN ni tak sama macam lapor cukai peribadi. Ianya memerlukan satu laporan akaun perniagaan disediakan terlebih dahulu sebelum pengiraan cukai perniagaan enterprise dapat dibuat dengan tepat.

Sebaiknya anda dapatkan khidmat akauntan dan agent cukai professional bagi memastikan urusan penyediaan laporan akaun dan cukai dapat disiapkan dengan baik tanpa sebarang masalah dikemudian hari.

Oklah saya rasa setakat ni dulu perkongsian saya berkenaan entiti perniagaan enterprise dan untuk post akan datang saya akan jelaskan pula berkenaan satu entiti perniagaan lain yang sangat popular iaitu syarikat sdn bhd dan berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Press ESC to close